Isnin, 7 Ogos 2017

Simptom Serangan & Tanda Serangan

Simptom Serangan
Ini merujuk kepada perubahan morfologi tumbuhan atau hasil tindak balas tumbuhan terhadap sesuatu serangan seperti patogen/agen penyakit. Sebagai contoh, Bintik Daun, Layu, Nekrosis, Klorosis dan Terbantut. 
 
Tanda Serangan 
Ini sangat sinonim dengan struktur/bentuk yang terhasil akibat serangan daripada patogen/agen penyakit. Kita dapat lihat ada sesuatu yang wujud di permukaan kulit tanaman tersebut. Sebagai contoh, kulat, cendawan, spora dan miselium pada tumbuhan tersebut.

Serangga 
Serangga ini biasanya dapat dilihat dengan mengunakan mata kasar mahupun dengan bantuan kanta pembesar.  Kita boleh kenal pasti berdasarkan bentuk fizikal serangga itu sendiri, telurnya atau larva yang wujud di persekitaran pokok tanaman kita.
  
Bakteria
Bakteria, biasanya akan menzahirkan simptom kelayuan pada pokok. Sistem pokok terganggu daripada dalam. Bagaimana untuk melihat kewujudan bakteria ini? Kita boleh potong batang atau daun, kemudian celup ke dalam bekas yang mengandungi air jernih.

Kulat
Kehadiran kulat ini dapat dilihat pada kewujudan misilium, spora atau cendawan yang muncul di permukaan tumbuhan. Kebiasaannya rawatan anti-kulat akan dibuat samada menggunakan racun kulat atau kawalan organik seperti daun semambu atau neem.

Virus
Bagi mengenalpasti masalah serangan oleh virus ini secara tepatnya adalah melalui ujian di makmal. Namun, simptom serangannya sangat jelas pada pertumbuhan pucuk baru tanaman seperti cili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MUDAH TANAM CILI