Sabtu, 26 Ogos 2017

Kebaikan Pokok Cili

1) Menurunkan Kadar Gula Darah

Penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julai 2006 membuktikan bahawa makan cili boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili. 

2) Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok

Cili boleh mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk membantu melindungi daripada strok. 
 


3) Mencegah Kanser Prostat

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa orang yang makan banyak cili mempunyai risiko yang lebih rendah  untuk mendapat kanser prostat.

4) Bertindak selaku antibiotik semulajadi

Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah)  tadi akan melawan jangkitan tersebut. 

5) Bertindak sebagai antioksidan

Cili mempunyai Vitamin C dan Vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah. 

6) Melegakan selsema dan asma

Cili memberikan kelegaan daripada hidung tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga mengembangkan saluran udara paru-paru yang mengurangkan asma.

7) Cili Membantu Membakar Lemak

Capsaicin juga sebatian termogenik, dan meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA MUDAH TANAM CILI